Google LLC dilaporkan mengugut kerajaan Australia untuk menutup servis enjin carian mereka di negara Kanggaru itu.

Tindakan tersebut terpaksa diambil Google selepas kerajaan Australia dikhabarkan akan menguatkuasakan undang-undang yang akan menyebabkan mana-mana gergasi teknologi perlu membayar kepada syarikat media massa dalam negara itu untuk menggunakan kandungan mereka.

Cadangan untuk menguatkuasakan undang-undang tersebut diumumkan selepas Kerajaan Australia mendapati Google dan Facebook terlalu berkuasa dalam pasaran industri media di negara itu.

Jika undang-undang tersebut dikuatkuasakan, Google memberi amaran bahawa 19 juta pengguna Google di Australia akan berdepan kegagalan akses terhadap servis YouTube dan Google.com.

Walaubagaimanapun, jika Google bertindak menyekat akses kepada enjin carian mereka di Australia, ia hanya akan memberi tindak balas buruk sahaja kepada mereka kerana pengguna internet di Australia mempunyai alternatif lain selain Google seperti Bing dan DuckDuckGo.

Sumber: Reuters