Nampaknya bukan palsu, malah memang benar kerana Google telah pun mengesahkan acara pelancaran peranti Pixel 6 dan Pixel 6 Pro pada pertengahan Oktober ini, iaitu 19 Oktober jam 10 pagi atau 20 Oktober waktu tempatan.

Sebelum ini, mereka telah pun mengacah peranti tersebut bersama petunjuk tarikh pelancarannya. Bermakna selepas ini kita bakal mengetahui kemampuan cip pemproses terbaru daripada Google – Tensor.

Walau apa pun, bagi anda peminat tegar dunia fotografi mudah alih (mobile photography) serta siri Pixel, sama-sama kita nantikan perincian lanjut dan tanda harga jualannya walaupun ia tidak hadir ke Malaysia secara rasmi buat masa ini.

Sumber: Google

Baca juga: