Pembangun pelayar Google Chrome dilaporkan sedang mencuba cara lain yang lebih efisyen bagi menambah baik penggunaan memori RAM pada pelayar Chrome.

Di laman pembangun Chrome iaitu Chromium menjelaskan, mereka akan menggunakan teknik TerminateProcess API bagi menjimatkan penggunaan memori RAM Chrome.

Exiting a process cleanly is difficult and expensive. Avoiding race conditions becomes almost impossible with complex software and a clean exit can be quite slow. Waiting on all threads, paging in code and data, and race conditions make it not worthwhile. We have been gradually moving towards using TerminateProcess for more process types. Although the majority of the shutdown processes tracked by this bug are in utility processes this change uses TerminateProcess for all process types.” Chromium

Menerusi metod terbaru ini dijangkakan penggunaan memori RAM pada pelayar Chrome akan lebih jimat sekaligus menjadikan sistem operasi dan perisian-perisian yang aktif di dalam komputer pengguna beroperasi pada prestasi yang lebih baik dan stabil.

Pelayar Chrome sememangnya diketahui umum terkenal dengan penggunaan memori RAM yang tinggi.

Walaupun begitu, pelayar tersebut masih kekal sebagai pelayar paling popular di dunia sungguhpun terdapat pelayar-pelayar alternatif lain yang lebih baik penggunaan memorinya.

Sumber: Stat Counter

Sumber: Toms Guide