Sedikit berita mengecewakan kepada pengguna platfom Google Poly kerana Google akan menamatkan platfom tersebut pada 30 April 2021 nanti.

Ini bermakna selepas dari tarikh itu, pengguna platfom tersebut tidak lagi boleh memuat naik karya model 3D mereka ke platfom poly.google.com.

Walaubagaimanapun, pengguna diberikan masa sehingga 30 Jun 2021 untuk mereka memuat turun kesemua aset 3D yang terdapat di dalam Poly.

Atau pengguna boleh memuat turun sekaligus semua aset mereka dengan menggunakan Google Takeout.

Poly merupakan sebuah platfom yang membolehkan artis-artis model 3D memuat naik model 3D mereka ke Poly bagi berkongsikan karya mereka dengan rakan lain yang terlibat dalam projek.

Malah karya model 3D mereka juga boleh digunakan secara percuma dalam projek-projek lain dengan memberikan kredit kepada artis asalnya.

Menjelaskan penamatan Poly kepada Bleeping Computer, Google menyatakan bahawa pada tahun hadapan mereka akan memberikan tumpuan kepada pembangunan teknologi AR (Realiti diperkukuhkan).

Sumber: Google