Sebagai ibu bapa pastinya kita mahukan penjagaan yang sempurna untuk anak, lebih-lebih lagi dizaman moden ini. Adakah kamu tahu apa yang anak-anak layari atau lakukan ketika bermain telefon pintar?
Mungkin agak mustahil untuk mengawal tindak-tanduk anak-anak bagi ibu bapa yang bekerja akibat kekangan masa.
Justeru itu, sebuah aplikasi untuk memantau aktiviti anak-anak pada peranti telah dilancarkan oleh Google. Dikenali sebagai Family Link,ia membolehkan ibu bapa mengawal apa yang dilakukan anak-anak ketika menggunakan peranti.
Anda hanya perlu mendaftar akaun Google untuk anak menerusi Family Link, dan berikut adalah apa yang ditawarkan aplikasi ini:
- Urus aplikasi telefon pintar anak anda
- Membenarkan atau menghalang sesuatu aplikasi dari dimuat turun oleh peranti anak-anak
- Pantau jangka masa penggunaan peranti oleh anak
- Lihat berapa lama jangka masa yang dihabiskan anak-anak untuk bermain dengan aplikasi tertentu. Laporan aktiviti secara mingguan atau bulanan turut dipaparkan. Anda boleh tetapkan jangka masa aktif skrin peranti anak-anak.
- Tetapkan masa tidur peranti
- Kunci skrin peranti anak-anak secara jarak jauh jika telah masuk waktu untuk mereka, belajar ataupun tidur.
Family Link dibangunkan dengan fokus utama memantau kanak-kanak dibawah umur 13 tahun. Selepas mereka melebihi umur tersebut, ibu bapa mempunyai pilihan sama ada ingin meneruskan aplikasi itu ataupun tidak.
Sila klik untuk muat turun aplikasi: Android, iOS
Sumber: Google