Google dilaporkan telah membuang aplikasi ‘Whosfan‘ daripada ditawarkan di Play Store atas alasan hakcipta yang berkaitan dengan kandungan video dan audio di dalam aplikasi tersebut

Aplikasi yang dibangunkan oleh Hanteo Global itu dilaporkan telah dibuang daripada Play Store pada 2 Ogos lalu.

Ekoran itu, pihak Hanteo Global telah membuat permohonan rayuan kepada Google dengan menyatakan bahawa kesemua kandungan video dan audio di dalam aplikasi mereka itu sudah dilesenkan untuk digunakan.

Walaubagaimanapun, Google respon dengan memaklumkan bahawa pihak mereka tidak akan kembalikan semula aplikasi tersebut di Play Store serta menyatakan kedudukan akaun pembangun Hanteo Global tidak terjejas.

Ini bermakna, Hanteo Global masih boleh menawarkan aplikasi baru ke dalam Google Play Store.

Namun begitu, pihak Hanteo Global dilaporkan merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Google kerana mendakwa tindakan Google membuang aplikasi itu telah menyebabkan 4 juta pengguna aplikasi Whosfan terpaksa mendaftar semula dengan aplikasi tersebut.

Whosfan‘ adalah sebuah aplikasi yang mengumpulkan para peminat K-Pop diseluruh dunia untuk mengikuti artis K-Pop kegemaran mereka yang dilengkapi pelbagai ciri seperti mengundi artis kegemaran serta menerima info-info terbaru artis K-Pop.

Sumber: AllKpop

Baca juga: 60 Aplikasi Android Dikesan Telah Dijangkiti Perisian Hasad ‘BearClod’, ‘Haken’ Dan ‘Joker’

Baca juga: Aplikasi Android Bakal Guna Format Baharu, Tiada Lagi APK

8 Aplikasi Android Ini Didapati Membawa Perisian Hasad Joker