Menerusi laman rasmi Neverware, Google mengumumkan bahawa mereka kini adalah pemilik syarikat perisian Neverware.

Neverware merupakan sebuah syarikat yang menukarkan komputer yang sudah berusia (temasuklah PC Windows dan Apple Macintosh) kepada Chromebooks.

We’re pleased to share some very exciting news: Neverware and CloudReady are now officially part of Google and the Chrome OS team” Neverware.

We can confirm that the Neverware team is joining the Google Chrome OS team.” Google

Google menjelaskan, walaupun sebelum ini CloudReady OS adalah cabang daripada Chromium OS, sistem operasi CloudReady OS dari Neverware itu akan berplatfomkan Chrome OS, bukan Chromium OS.

Ini kerana Chrome OS adalah lebih ringan digunakan dan amat sesuai untuk dijadikan sistem operasi bagi model-model komputer yang sudah lapuk.

Sumber: XDA