Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Google Meet Kini Sokong Sehingga 500 Peserta

Posted on November 18, 2021

Google Meet bukan lagi asing waktu ini dengan kebanyakan mesyuarat, majlis bacaan Yasin mahupun temuduga dijalankan melalui platform persidangan maya.

Untuk pengguna Google Workspace terpilih, mereka kini boleh memulakan sesi dalam Google Meet dengan maksimum 500 peserta. Ciri ini dilepaskan secara berperingkat pada pengguna seluruh dunia bermula 16 November tempoh hari.

Pun begitu, tidak semua pelanggan berbayar dapat menikmatinya.

Pengguna yang mendapat ciri ini ialah:

  • Google Workspace Business Plus, Enterprise Standard, Enterprise Plus, dan Education Plus.

Sementara pengguna yang masih kekal dengan had 100 orang pula:

  • Google Workspace Essentials, Business Starter, Business Standard, Enterprise Essentials, Education Fundamentals, Frontline, Nonprofits, Teaching and Learning Upgrade, atau G Suite Basic dan Business.

Sumber: Google

Baca juga:

  • Zoom Percuma, Tetapi Selepas Ini Akan Ada Iklan (wiser.my)
  • Pelanggan Google One iOS Akan Dapat Ciri Baharu Untuk Google Photos
  • Google Terbuang Fungsi Menarik Dalam Kemas Kini Google Photos Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress