Google awal pagi tadi berkongsi inovasi kecerdasan buatan (AI) terbaru mereka menerusi Search On ’21. Antara yang paling menarik adalah Google Lens.

Melalui Google Lens, ia bakal hadir dengan ciri yang lebih ‘power’ untuk telefon pintar. Dengan menggunakan Multitask Unified Model (MUM), pengguna boleh membuat carian pantas tentang maklumat yang ingin diketahui.

Sebagai contoh, anda sedang mengalami masalah kerosakan basikal dan tidak tahu mekanisme apa yang wujud padanya. Buka sahaja Google Lens, ‘snap’ bahagian itu dan bertanya soalan kepada Google “how to fix this”.

Kemudian secara automatik ia memaparkan maklumat berkaitan. Akan tetapi, soalan tersebut terhad dalam bahasa Inggeris terlebih dahulu.

Contoh lain pula, anda tertarik pada perabot yang dipaparkan ketika melayari web, Google juga boleh imbasnya dan mengeluarkan laman web berkaitannya untuk membuat pembelian dan sebagainya tanpa buka halaman tab baharu. Malah, Google mendakwa ia hanya mengambil hanya 200ms sahaja untuk mengecam produk tersebut

Search On Lens Desktop

Selain itu, Google Lens juga akan hadir pada pelayar Chrome di komputer yang sebelum ini tidak ada. Fungsinya mirip yang ada di telefon pintar, anda perlu pilih bahagian yang ingin dicari.

Namun, kesemua ciri tersebut akan ditawarkan dalam beberapa bulan lagi kepada pengguna.

Sumber: Google

Baca juga: