Sejak Apple mengumumkan barisan Mac dengan cip M1, banyak aplikasi yang tidak serasi dengan cip ini dan mengakibatkanĀ crash apabila digunakan.
Pelayar Chrome juga tidak kecuali menghadapi masalah ini. Namun, Google telah melancarkan versi Chrome khusus buat Mac dengan cip M1 ini.
If you want to use Chrome on new Macs with Apple M1 chips, head to https://t.co/uIyDy5PSMS and download the Apple Silicon version we released in M87 today! pic.twitter.com/11uDaIYUR4
— Elvin š (@elvin_not_11) November 17, 2020
Untuk muat turun, anda boleh lakukannya dengan melayari laman Google dan ia akan memaparkan pilihan Mac dengan cip Intel serta Mac dengan cip Apple.
Kemaskini ini juga dikeluarkan bersama-sama Chrome 87 yang menampilkan ciri prestasi lebih baik. Selain itu, ikon Chrome pada macOS Big Sur juga diberi nafas baharu.
Sumber: 9to5google