Sebelum ini kami melaporkan yang mungkin Google akan melancarkan siri Pixel 6 sebelum acara Apple. Namun, nampaknya seperti mustahil kerana diikutkan acara pengenalan peranti Google adalah sekitar Oktober.

Terbaru, Google telah berkongsikan video acah mengenai siri Pixel 6. Melaluinya, ia juga memberi gambaran tentang kemampuan cip pemprosesan Tensor yang akan menguasakan peranti tersebut.

Selain itu, mereka juga memuat naik gambar di Instagram yang memaparkan widgets baharu pada Android 12. Menerusi video dan kiriman di Instagram, widgets jam yang memberi petunjuk “Tue 19th” dan tarikh tersebut wujud pada bulan Oktober ini.

Terdahulu, Jon Prosser juga mendakwa tarikh tersebut bermulanya pra-tempah bagi siri Pixel 6. Oleh yang demikian, dijangka dalam beberapa minggu lagi Google akan mengumumkan tarikh pelancaran telefon tersebut.

Sumber: android police

Baca juga: