Bermula daripada 1 Jun 2021 lalu, Google kini telah memperkenalkan terma dan syarat baru kepada para pemilik akaun Google.

Antara terma dan syarat baru Google itu adalah kini Google boleh memadam akaun Google tanpa memerlukan kebenaran pemilik akaunnya.

Segala kandungan yang akan dipadam itu termasuklah yang berada di dalam Gmail, Google Drive, Google Docs, Sheets, Slides, Drawings, Forms, dan Jamboard.

Tetapi tindakan itu hanya akan diambil jika pemilik akaun Google itu tidak aktif selama 2 tahun di dalam Gmail, Drive atau Photos.

If you’re inactive in one or more of these services for two years (24 months), Google may delete the content in the product(s) in which you’re inactive.¬†Similarly, if you’re over your storage limit for two years, Google may delete your content across Gmail, Drive and Photos.” Google.

Jadi, tiada apa yang perlu dikalutkan jika anda pengguna aktif akaun Google. Tetapi bagi mereka yang rasa macam dah lama tak buka akaun Gmail anda, bolehlah melawat kembali e-mel anda dalam servis Google tersebut.

Sumber: Google