Peranti Google Pixel sememangnya diketahui tidak mempunyai unit jualan yang banyak setanding dengan Apple, Samsung, ataupun Huawei. Antara langkah yang diambil Google untuk menguatkan lagi jualan adalah dengan melancarkan model lebih mampu milik Pixel 3a pada tahun 2019
Kelihatannya, langkah tersebut berhasil kerana laporan terbaru dari IDC mengatakan pada tahun lepas Google berjaya menjual sebanyak 7.2 juta peranti pintar. Apa yang lebih mengejutkan adalah jumlah ini adalah lebih banyak berbanding peranti yang dijual oleh OnePlus pada tahun yang sama.
Statistik itu diperoleh melalui wakil dari IDC, Franscisco Jeronimo tersebut yang mengatakan jualan Pixel paling banyak adalah datangnya dari negara AS, Eropah Barat, dan juga Jepun. Secara keseluruhan, jualan peranti pintar Google adalah meningkat sebanyak 52% berbanding tahun 2018 sebelumnya.
. @Google continues to expand the #Pixel portfolio and sales are growing. In 2019 shipments grew 52% YoY to reach the highest volume ever, with strong performances in the USA, Western Europe and Japan. It now ships more units than @oneplus but it is still far from reaching Top10 pic.twitter.com/qY66isF9vN
— Francisco Jeronimo (He/Him) (@fjeronimo) June 9, 2020
Beliau walau bagaimanapun tidak menyatakan berapa banyak perbezaan antara Pixel dan OnePlus, namun menambah prestasi jualan Google masih jauh jika mahu mencapai 10 teratas.
Bulan hadapan, Google akan mengumumkan pula Pixel 4a sebagai pengganti Pixel 3a. Dengan khabar angin harga jualan yang lebih rendah berbanding 3a, model terbaharu ini kemungkinan besar akan lebih banyak dijual mengalahkan model-model Pixel yang lain.
Sumber: IDC