Google kini sedang berusaha untuk menjadikan Google Chrome mereka lebih pantas. Syarikat tersebut telah mengumumkan sebuah projek menurunkan penggunaan memori awal bulan ini namun mereka juga turut mengetengahkan penambahbaikkan yang lain dimana mereka mampu meningkatkan kelajuan Chrome di Window sebanyak 15% berbanding sebelum ini.
Bermula dengan Chrome 53 dengan 64-bit Chrome dan versi 54 dengan 32-bit, Google bermula menggunakan teknologi Profile Guided Optimization dari Microsoft untuk meningkatkan kelajuan startup sebanyak 17%, masa loading ‘new tab page’ sebanyak 15% dan keseluruhan loading page sebanyak 6% menggunakan Chrome.
Profile Guided Optimization (PGO) ini adalah ciri dari alat binaan Microsoft Visual Studio yang dapat menyukat bagaimana pengguna sebenarnya berinterkasi dengan sesebuah aplikasi. Ianya selepas itu dapat mengumpul data-data tersebut dengan fokus untuk meningkatkan kepenggunaan fungsi yang sering digunakan dari sesebuah aplikasi.
“Chrome kini adalah sebuah software yang besar dengan jutaan fungsi di dalam ‘source code'” kata Sébastien Marchand dalam satu pengumuman. ” Tidak semua fungsi adalah sama, ada yang digunakan selalu, ada yang jarang digunakan, maka PGO dapat mengenal pasti dan mengumpul semua data untuk memberi hasil dan mengenal pasti fungsi mana yang selalu digunakan oleh pengguna dalam usaha untuk pihak Google memberi penambahbaikkan” katanya lagi.
Antara fungsi yang paling efektif dari PGO adalah fungsi melajukan sesebuah aplikasi dalam masa yang sama dapat disimpan di dalam CPU ‘fast instruction cache’.