Aplikasi google’s inbox merupakan satu aplikasi hebat yang ditawarkan kepada para penggunanya. Tetapi ia masih mempunyai kekurangan dalam telefon pintar dan komputer. Anda perlu log masuk akaun secara berasingan untuk menyemak setiap emel yang diterima.
Kini, anda tidak perlu bersusah payah lagi. Sekarang,anda hanya perlu menekan taps untuk menukar emel. Syukur, akhirnya google telah menambah pandangan ‘semua kotak masuk’ ke dalam aplikasinya.
Aplikasi ini telah tersedia untuk semua. Anda boleh menggunakan aplikasi ini setelah mengemaskini versi terkini atau anda boleh memuat turun aplikasi ini di Playstore atau App Store