Kita sering menganggap sesuatu elemen yang kecil itu adalah benda yang remeh tetapi sebaliknya ia memainkan peranan yang sangat besar. Sebagai contoh, paparan had laju pada Google Map.
Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana cara Google memastikan ketetapan had laju ini semasa anda memandu? Mungkin ada yang berpendapat Google menggunakan beberapa gabungan gambar daripada Street View dan kecerdasan AI dalam mengenalpasti had laju sesuatu kenderaan itu. Walau bagaimanapun, prosesnya lebih kompleks daripada apa yang dibayangkan.
Untuk memastikan data had laju sesuatu kenderaan itu adalah betul dan tepat apabila dipaparkan di dalam paparan Google Map, Google menggunakan model AI mereka yang terkini dalam memaparkan maklumat had laju daripada pelbagai sumber termasuk gambar-gambar dari Street View dan visual daripada pihak ketiga.
Hal ini kerana terdapat banyak jalan yang mengalami perubahan had laju bergantung pada keadaan jalan semasa, waktu-waktu tertentu dan keadaan cuaca semasa.
Walaupun Google telah mendapat data rasmi daripada pihak kerajaan tempatan yang memberi had laju lalai sesuatu tempat itu, mereka masih memastikan keberkesanan AI mereka dalam membezakan had laju sama ada ia dari Amerika Syarikat ataupun Jerman.
Selain itu, ketetapan had laju itu boleh berubah apabila had laju di sesuatu tempat itu dilanggar secara konsisten. Hal ini kerana sistem Google Map akan segera mengemas kini perubahan yang berlaku dengan kadar yang pantas.
Jika sesuatu maklumat itu tidak tersedia daripada pihak berkuasa tempatan ataupun Street View, Google akan mendapatkan maklumat dari pihak ketiga yang mengumpul data maklumat jalan secara rutin untuk pelbagai tujuan seperti memudahkan laluan penghantaran.
Bukan sahaja untuk para pemandu, malah data had laju ini amat penting dalam dunia teknologi automotif yang sedang berkembang sekarang. Paparan had laju dalam aplikasi Google Map mungkin kelihatan remeh tetapi kerumitan dan ketekunan dalam menghasilkan sistem itu akan memberi impak yang sangat besar kepada pengguna supaya perjalanan harian kita lebih selamat dan bermaklumat.
{suggest}
Sumber: Android Police