Google kini dilaporkan akan berdepan siasatan dari Kesatuan Eropah (EU) selepas kesatuan itu telah melancarkan siasatan antimonopoli ke atas mereka.

Siasatan antimonopoli terhadap Google itu dibuat berikutan EU semakin bimbang dengan penguasaan Google dalam perkhidmatan iklan dalam talian sehingga menyukarkan persaingan dalam teknologi paparan iklan di internet.

Google memperoleh lebih daripada 80 peratus pendapatan mereka tahun lalu menerusi iklan sahaja yang dianggarkan berjumlah sekitar AS$147 bilion.

Berikutan siasatan yang dijalankan ke atas mereka, Google menerusi jurucakapnya memaklumkan bahawa mereka akan berhubung dengan pihak EU dan akan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan serta menjelaskan faedah produk mereka kepada para pelanggan dan pelngguna di Eropah.

Sumber: France 24

Baca juga: Servis Percuma Google Meet Akan Dihadkan Bermula Dari 28 Jun Ini

Cara Log Keluar Akaun Google Pada Peranti Pintar Yang Dicuri

Semak Dan Ubah Segera Tetapan Pelayar Chrome, Safari Dan Edge Ini Jika Anda Pentingkan Privasi