Telefon pintar dari Google, iaitu siri Pixel akan menerima model baharu nanti menerusi Pixel 6 dan antara yang menjadi tumpuan adalah ia dikatakan pertama dilengkapi cip pemproses sendiri.

Cip pemproses Google itu tampil dengan kod nama Whitechapel. Seperti jenama Apple, Samsung dan Huawei yang mana mereka menggunakan rekaan tersendiri untuk peranti mereka.

Kini, terdapat khabar angin mendakwa Google mungkin akan bekerjasama dengan AMD dan menggunakan teknologi itu untuk GPU pada telefon pintar mereka.

Tambahan lagi, Google dikatakan tiada niat untuk memberikan saingan pada Qualcomm tidak kira Snapdragon 888 hinggalah yang baharu nanti Snapdragon 895.

Cumanya, mereka mahu menggunakan cip pemproses sendiri hanya untuk pembelajaran mesin (machine learning) dan prestasi kecerdasan buatan (AI).

Bercakap tentang AMD, Samsung Exynos yang hadir GPU itu sebelum ini telah diperlihatkan prestasinya yang mana ia mampu mengalahkan cip Apple A14 Bionic.

Sumber: wccftech

Baca juga – Ini Mungkin Spesifikasi Penuh Google Pixel 6 Dan Pixel 6 Pro

Baca juga – iPhone 12 Pro Max Tewas, Ini Skor Grafik Cip Exynos Dengan GPU AMD

Baca juga – Takut Dengan Galaxy Store, Google Dilapor Guna Taktik ‘Kotor’ Untuk Terus Monopoli