Apple dan Samsung sudah mempunyai peranti penjejak mereka sendiri, dan sekarang Google didakwa sedang bangunkan teknologi yang serupa.
Mengikut sumber, peranti penjejak Google ini mempunyai nama kod “Grogu”, dan “Groguaudio” atau “GR10”
Google is working on a smart tracker similar to Apple's AirTag, codename "grogu" – report 🧵👇 pic.twitter.com/8K6KO7tfzj
— Kuba Wojciechowski⚡ (@Za_Raczke) January 16, 2023
Spesifikasi Peranti Tag Penjejak Google
Mengikut sumber, peranti ini akan dibangunkan pasukan Nest dan mempunyai pembesar suara padanya. Selain itu, ia mempunyai ciri UWB (ultra-wideband) dan Bluetooth Low Energy – sebuah teknologi komunikasi radio untuk situasi berjarak dekat.
Menariknya lagi, Pixel 6 Pro dan 7 Pro mempunyai sokongan ciri modul UWB yang masih belum dimanfaatkan lagi. Ciri tersebut boleh digunakan untuk mengaktif dan menyahaktifkan sesebuah peranti, seperti peranti tag penjejak Google itu.
Berita Terkini Tentang Tag Penjejak Google
Ketika ini, Google dikhabarkan sedang bekerjasama dengan chipset manufacturers untuk memboleh setiap peranti Android menyokong ciri Fast Pair mereka.
Oleh itu, setiap penghasil yang ada mampu membangunkan peranti penjejak mereka sendiri dengan sokongan teknologi daripada Google ini. Peranti Google Grogu ini berkemungkinan besar akan diumukan seawal Mei nanti.
{suggest}
Sumber: GSMArena