Sebagai pengguna Google Chrome, perkara ini sememangnya sudah lama dinantikan. Google menerusi laman pembangun mereka telah mengumumkan bermula 15 Februari 2018, medium carian Chrome akan bersih daripada iklan-iklan yang mengganggu pengguna.
Langkah yang diambil merupakan hasil daripada piawaian yang dikeluarkan oleh persatuan gabungan syarikat-syarikat besar laman web seperti Google, Facebook dan beberapa yang lain.
Melalui Better Ads Experience Program ini, mana-mana iklan yang melanggar piawaian yang ditetapkan bakal disekat. Hal ini boleh membantu pengguna merasai pengalaman melayari internet dengan lebih baik lagi.
Antara bentuk-bentuk iklan yang mengganggu adalah seperti iklan pop-up, iklan yang memenuhi skrin paparan,iklan yang memainkan video secara auto dan banyak lagi.
Sumber: Google Developers