Google baru sahaja melengkapkan pembelian mereka terhadap syarikat jam tangan kecergasan – Fitbit dengan nilai RM8.5 bilion.

Sebenarnya ia telah melalui fasa selama 14 bulan dalam pengambil alihan ini. Walaupun kini Fitbit milik Google, pihak Jabatan Kehakiman AS masih menyiasat Google terhadap isu antimonopoli.

Hal ini kerana Google yang sedia maklum menjana pendapatan yang banyak dengan pengiklanan berdasarkan data daripada pengguna.

Perkara ini membimbangkan kerana Google boleh mengeksploit data daripada pengguna Fitbit. Namun begitu, Google dalam kenyataannya mereka masih komited menjaga privasi pengguna dan tidak akan mengambil data pengguna bagi tujuan pengiklanan.

Tambah Google, dengan memiliki Fitbit, ia secara tidak langsung akan meningkatkan persaingan terutama masa kini sudah banyak jam tangan kecergasan atau penjejak kesihatan dalam pasaran.

Sumber: Google, CNA