Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Google Bangunkan Teknologi Khas Bagi Terjemah “Tulisan Doktor”

Posted on Disember 20, 2022Disember 20, 2022

Google menerusi blog Google India memaklumkan bahawa mereka kini sedang berusaha membangunkan teknologi yang boleh menterjemahkan “tulisan doktor” yang sukar difahami.

Google berkata, tulisan tangan sukar dibaca. Walhal maklumat itu penting bagi kedua-dua pesakit dan penyedia penjagaan kesihatan untuk diagnosis awal atau pengurusan diri.

{suggest}

“Ironinya, apa yang membuatkan preskripsi sukar untuk didigitalkan oleh komputer adalah perkara yang sama yang menjadikannya sukar untuk anda dan saya membaca – tulisan itu tidak berstruktur, ringkas, dan penuh dengan petunjuk yang sukar bagi ahli farmasi untuk menguraikan.” Google.

Untuk itu Google memaklumkan, mereka menggunakan model AI dan pembelajaran mesin canggih bagi mengenal pasti dan menyerlahkan ubat-ubatan dalam preskripsi tulisan tangan para doktor.

Teknologi tersebut yang masih dalam peringkat pembangunan akan bertindak sebagai bantuan mendigitalkan dokumen perubatan tulisan tangan.

Sumber: Google India

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress