Ciri pengesahan 2 faktor (2FA) sudah digunakan secara meluas pada hari ini. Fungsinya sama seperti kod SMS OTP tetapi ia lebih cepat kerana kod itu akan sentiasa dijana dalam tempoh tertentu.

Selain Authy, Google Authenticator juga antara aplikasi yang sering digunapakai. Terbaru, aplikasi tersebut untuk iOS menerima fungsi baharu dimana jauh lebih selamat.

Pada versi baharu – 3.2.0, ia membolehkan pengguna iOS untuk menggunakan Face ID atau Touch ID. Bermakna, sebelum kod 2FA dipaparkan, ia memerlukan pengesahan bahawa memang benar anda yang gunakan Google Authenticator.

Tambahan lagi, anda juga boleh menetapkan sama ada pengesahan Face ID atau Touch ID itu perlu dibuat setiap masa atau setiap 10 saat, 1 minit atau setiap 10 minit.

Sekiranya anda pengguna Google Authenticator di iOS, disarankan untuk mengemaskininya pada versi baharu ini.

Sumber: 9to5google

Baca juga – Google Akan Menghapuskan Kata Laluan, Menggantikannya Dengan 2FA

Baca juga – Cara Mengaktifkan Ciri Pengesahan 2 Faktor Untuk Akaun Facebook, Instagram Dan WhatsApp

Baca juga – 5 Perisian Antivirus Pilihan Untuk Lindungi Komputer Anda