Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Google Assistant Anda Berbunyi Secara Tiba-tiba? Ini Cara Untuk Matikannya

Posted on Mac 16, 2022

Pengguna peranti Android sudah pasti terbiasa dengan kehadiran Google Assistant yang bertindak sama seperti Siri bagi pengguna iPhone. Betul tak? Jika ya, anda pasti berasa terkejut apabila disapa oleh Google Assistant walaupun tidak memerlukan bantuannya. Kadangkala Google Assistant juga mengingatkan temu janji atau tarikh penting anda secara tiba-tiba di kawasan umum. Hal itu pasti mungkin memalukan anda.

Jadi, jom kita lihat bagaimana cara untuk mematikan suara Google Assistant untuk peranti Android anda. Ikuti langkah di bawah.

  • Pertama sekali, anda perlu ‘menyapa’ terlebih dahulu Google Assistant dengan menyebut ‘Hey, Google‘. Selepas itu, ia akan membalas sapaan anda. Kemudian, sebut ‘Open assistant Settings‘.

  • Google Assistant akan terus membawa anda ke ‘Assistant Settings‘. Pilih ‘Assistant voice & sounds‘.

  • Seterusnya, lihat bahagian ‘Speech output‘ dan klik pada ‘Phone‘.

  • Akhir sekali, anda boleh memilih ‘None‘ atau ‘Hands Free‘ untuk mematikan suara Google Assistant.

Jika anda tidak mempunyai button ‘None‘ di tetapan tersebut, anda boleh memilih ‘Hands-free only‘ untuk mengelakkan suara Google Assistant didengari. Jadi, dengan ini, suara Google Assistant tidak akan didengari oleh orang sekeliling anda secara tiba-tiba.

Sumber : The Verge

Baca juga :

  • Google Play Games Beta Mula Ditawarkan, Ini Spesifikasi PC Yang Diperlukan
  • Google Beri Fungsi Amaran Serangan Udara Untuk Pengguna Android Di Ukraine
  • Google Maps Bagi Lokasi Kurang Tepat? Ini Penyelesaiannya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress