Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Google Akan Mula ‘Hukum’ Laman Web Papar Popup Melampau

Posted on Ogos 23, 2016Oktober 23, 2016

24 Ogos – Syarikat teknologi gergasi, Google hari ini mengumumkan dua perubahan besar yang akan dilakukan dalam hasil carian di peranti mudah alih.

Satu, Google akan membuang label mobile-friendly – label yang akan memberitahu pengguna sekiranya laman web itu mesra peranti mudah alih – di hasil carian. Kedua, Google akan mula menghukum laman-laman web yang mengeluarkan popup melampau yang sukar untuk ditutup oleh pengguna.

Menurut TechCruch, bermula 10 Januari ini, Google akan menghukum laman-laman web popup terlampau dengan merendahkan kedudukan laman web mereka.

Kenapa buang label mobile-friendly? Menurut Google, 85 peratus laman web hari ini sudah pun mesra peranti mudah alih, jadi untuk mengoptimumkan laman cariannya, mereka akan membuang label itu.

Sumber : TC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress