Google sudah mula memberikan peringatan kepada para penggunanya tentang perubahan polisi yang dilakukan ke atas Gmail, Google Drive dan Google photos.

Ia termasuklah servis mereka yang lain iaitu Google Docs, Sheets, Slides, Drawings, Forms dan Jamboard.

Google memaklumkan bahawa sekiranya pemilik akaun Google tidak aktif selama 2 tahun (24 bulan) di Gmail, Drive atau Photos, segala kandungan yang ada di dalam servis-servis tersebut akan dipadam.

Google menambah jika limitasi storan pada akaun Google mereka sudah penuh untuk tempoh 2 tahun, mereka akan turut memadam segala kandungan di dalam Gmail, Drive dan Photos.

Polisi baru ini akan bermula dari 1 Jun 2021 nanti.

Tetapi sekiranya anda sentiasa aktif dengan akaun Google anda, maka anda tidak terjejas dengan perubahan polisi ini.

Anda boleh menyemak sendiri e-mel yang diterima dari Google di Gmail anda bagi mendapatkan info lebih lanjut.

Jika anda bimbangkan tentang status storan awan Google percuma bersaiz 15GB yang dimiliki anda pula, anda boleh menyemaknya di pautan ini.