Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Google Akan Ingatkan Anda Untuk Bersihkan Pixel Buds Pro Yang Kotor

Posted on Ogos 18, 2023Ogos 18, 2023

Lebih setahun yang lepas sejak Google mula perkenalkan TWS Pixel Buds Pro mereka. Kepada anda yang memilikinya, pastikan anda ingat untuk membersih fon putik tersebut.

Jika tidak, Google sendiri akan mengingatkan anda untuk bersihkan peranti audio mereka itu.

Hal ini demikian kerana Google akan menghantarkan notifikasi peringatan secara berkala kepada pengguna TWS tersebut melalui kemas kini aplikasi Pixel Buds versi 1.0.555017123 – mengikut sumber.

Tambahan lagi, Google bertindak sedemikian kerana kualiti audio dapat dipertingkatkan sekiranya peranti tersebut dibersihkan oleh pengguna.

Berikut di atas adalah cara-cara untuk membersihkan Pixel Buds Pro yang dicadangkan oleh Google.

Untuk pengetahuan anda, aplikasi Pixel Buds menjejaki tempoh pemakaian TWS tersebut oleh pengguna. Dan akan mencadangkan peranti audio tersebut dibersihkan setiap 120 jam.

{suggest}

Sumber: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress