Dengan beberapa hari lagi sebelum pelancaran God of War Ragnarök, PlayStation telah berkolaborasi dengan 2 jenama streetwear – #FR2 dan New Era.
#FR2 adalah sebuah jenama streetwear terkenal yang berpangkalan di Tokyo, Jepun. Kolaborasi ini memperkenalkan T-shirt edisi terhad dengan estetik dan logo God of War Ragnarök.
Sementara itu, kolaborasi dengan New Era pula menampilkan 2 topi 9FORTY edisi terhad.
Pertama, kita ada topi berwarna hitam dengan logo beruang dan serigala. Logo tersebut adalah simbolik Kratos dan Atreus dalam pengembaraan mereka di 9 Alam di dunia mitologi Norse.
Kedua, topi hitam yang menampilkan Kratos dan Atreus yang direka khas oleh Delo Longfish, artis konsep di Studio Santa Monica.
{suggest}
Pratempah boleh dibuat bermula 9 November nanti. Pembaca boleh membeli melalui pautan di bawah:
#FR2 x God of War Ragnarök Limited Edition T-shirt
New Era x God of War Ragnarök Limited Edition 9FORTY Caps
Sumber: Siaran Akhbar God of War Ragnarök