GizTop, sebuah kedai atas talian yang merupakan rakan perniagaan kepada portal teknologi Gizmochina semalam telah menyenaraikan OnePlus 7 pada laman sesawang mereka.
Menariknya, penyenaraian tersebut lengkap dengan imej, harga dan spesifikasi peranti berkenaan.
Menurut mereka, OnePlus 7 bakal dijual pada harga $569(~RM2325) manakala imej yang digunakan pula menunjukkan ia tidak mempunyai sebarang takuk.
Peranti ini juga digambar akan hadir dengan Snapdragon 855, skrin AMOLED 6.5-inci yang didakwa bakal dilengkapi nyah-kunci skrin terpantas.
Selain itu, OnePlus 7 ini turut dikatakan akan didatangkan dengan tetapan tri-kamera utama, pilihan memori sehingga 12GB RAM, serta bateri 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 44W Dash Charge.
Perkara ini adalah agak mengejutkan memandangkan OnePlus 7 masih lagi belum dilancarkan secara rasmi.
Oleh itu, kesahihan maklumat yang dinyatakan masih lagi diragui kesahihannya.
Mungkin kita akan dapat mendengar sebarang respon mengenai perkara ini dalam masa terdekat.
Sumber: Giztop