Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

GitHub Tidak Lagi Kenakan Bayaran $7, Repositori Kini Percuma

Posted on Januari 9, 2019

GitHub merupakan sebuah platform yang disediakan khusus untuk pembangun dan pengaturcara dalam mencipta projek seperti contoh aplikasi.

Pengguna mempunyai dua pilihan ruang simpanan projek atau repositori (repo), Public Repositories secara percuma atau Private Repositories dengan bayaran $7 sebulan.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat GitHub, Private Repo terbabit sudah ditawarkan secara percuma dan tanpa had. Ia juga membenarkan repositori diakses sehingga 3 orang pembangun yang lain.

Bagi GitHub perniagaan pula, pilihan GitHub Enterprise Cloud dan GitHub Enterprise Service tidak lagi diasingkan. Microsoft telah menyatukann menjadi GitHub Enterprise dimana syarikat boleh mengakses kedua-dua pada satu harga sahaja.

Ia merupakan khabar gembira bagi pengguna GitHub, lebih-lebih lagi golongan pelajar yang sebelum ini hanya menggunakan Public Repositories kerana mungkin kurang mampu untuk melanggan repo berbayar.

Sumber: GitHub

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress