Selepas pengeluar perkakasan komputer BIOSTAR menyenaraikan papan litar utama (motherboard) mereka yang tersedia menyokong Windows 11, kini giliran GIGABYTE TECHNOLOGY Co. Ltd pula menyenaraikan model motherboard mereka yang tersedia menyokong Windows 11.

Berikut adalah senarai siri model motherboard keluaran GIGABYTE yang tersedia dengan TPM 2.0 sekaligus menyokong sistem Windows 11:-

Intel

  • X299
  • C621
  • C232
  • C236
  • C246
  • 200
  • 300
  • 400
  • 500

AMD

  • TRX40
  • 300
  • 400
  • 500

GIGABYTE memaklumkan bahawa barisan model motherboard mereka kini secara automatik dilengkapi dengan TPM 2.0 bagi membolehkan ia menyokong Windows 11.

Pengguna hanya perlu mengaktifkan ciri TPM 2.0 di dalam sistem BIOS komputer mereka sahaja.

 

Lots of GIGABYTE Intel® and AMD motherboards can pass the TPM 2.0 verification of the Windows 11 by simply enabling the TPM-related function in the BIOS, on which Intel® X299, B250 chipset and above platform will be the Platform Trust Technology (PTT), and fTPM function on the AMD AM4 and TRX40 motherboards.” GIGABYTE

Jadi pengguna tidak perlu membeli perkakasan TPM 2.0 berasingan untuk komputer mereka.

Sumber: GIGABYTE,

Baca juga: Ini Senarai Papan Litar BIOSTAR Yang Tersedia Menyokong Windows 11

ASUS Menyenaraikan 14 Papan Litar Utama Mereka Yang Tersedia Dengan TPM 2.0

Senarai PC Yang Tersedia Dengan TPM 2.0 Dan Menyokong Windows 11