Gigabyte sedia menawarkan sejumlah produk berasaskan gaming melalui kad grafik, komputer riba, desktop, dan lain-lain.

Hari ini jenama itu telah mengumumkan sebuah fon telinga gaming AORUS H1 yang dilengkapi dengan pemacu 50mm, audio 7.1 khusus untuk golongan gamer.

AORUS H1 mempunyai Envinronmental Noise Cancellation (ENC) yang boleh menapis bunyi hingar latar. Selain itu, ia juga turut mempunyai efek RGB yang boleh diubahsuai melalui perisian terbina.

Melalui perisian itu juga, pengguna boleh mengubahsuai equalizer, efek suara ketika berkomunikasi dan lain-lain lagi.

Tambahan, AORUS H1 mempunyai kawalan mikrofon, efek RGB, dan mod ENC melalui kawalan terbina pada kabel yang lebih memudahkan pengguna menggunakannya tanpa gangguan ketika bermain permainan.

Buat masa ini, pihak Gigabyte masih belum mengumumkan harga jualan rasmi dan juga tarikh pasarannya.