Syarikat pengeluar perkakasan komputer terkemuka, GIGABYTE telah melancarkan model terbaru unit pembekal kuasa AORUS P1200W 80+ Platinum Modular.

Menjadikan unit pembekal kuasa komputer ini lain daripada yang lain adalah kerana ia dilengkapi dengan skrin monitor LCD digital.

Skrin LCD itu bukan sahaja memaparkan status semasa pembekal kuasa seperti suhu, pengeluaran kuasa dan kelajuan kipas , tetapi juga boleh memaparkan teks, imej, GIF dan memainkan fail MP4.

GIGABYTE menyatakan unit pembekal kuasa AORUS P1200W 80+ Platinum Modular ini boleh dimuatkan ke dalam mana-mana saiz kerangka komputer.

Ini kerana rekaannya yang kompak iaitu hanya bersaiz 150mm lebar x 160mm panjang x 86mm tinggi sahaja.

GIGABYTE tidak mendedahkan harga rasmi unit pembekal kuasa komputer ini buat masa ini.

Tetapi ia dijangka akan tiba di pasaran tempatan sedikit masa lagi.

Untuk info lanjut spesifikasi AORUS P1200W 80+ Platinum Modular ini, sila layari laman rasmi GIGABYTE Malaysia

Sumber: GIGABYTE