NVIDIA secara rasminya mengumumkan barisan terbaharu dalam kad grafik siri RTX 3000, iaitu RTX 3080 Ti dan RTX 3070 Ti semasa acara Computex 2021.

Gigabyte, sebuah jenama yang mengeluarkan perkakasan gaming pantas melancarkan kad grafik mereka untuk versi tersebut.

Seperti biasa, Gigabyte menampilkan 4 varian mereka menerusi siri AORUS, Gaming OC, VISION dan EAGLE.

RTX 3080 Ti dilengkapi teras CUDA 10240 dan memori 12GB GDDR6X yang lebih berkuasa daripada RTX 3080.

Sementara RTX 3070 Ti pula mempunyai teras CUDA 6144 dan 8GB GDDR6X yang membuatkan prestasinya berada di antara RTX 3070 dan RTX 3080. Malah, kebiasaannya kad grafik ini lebih popular dalam kalangan gamer, seperti RTX 2070 Super.

Baca juga – Monitor Gaming 4K Aorus Diumumkan, Sesuai Untuk PS5

Kesemua kad grafik RTX 3080 Ti dan RTX 3070 Ti daripada Gigabyte hadir dengan komponen yang kukuh, sistem penyejukan yang baik dan lengkap dengan pencahayaan RGB yang boleh dikawal melalui RGB fusion 2.0.

Dalam pada itu, Gigabyte juga menawarkan RTX 3080 Ti dengan sistem penyejukan cecair (water cooling) yang mana AORUS XTREME WATERFORCE WB (open loop) khusus buat golongan peminat (enthusiast) PC.

Baca juga – Papan Induk Aorus Tachyon Z590 Capai Kelajuan CPU 7.31GHz

Manakala, AORUS XTREME WATERFORCE (all-in-one) pula adalah sistem penyejukan cecair juga tetapi lebih mudah untuk dipasang pada komputer.

Jaminan diberikan selama 4 tahun kepada pengguna dan akan tiba di Malaysia tidak lama lagi.

Sumber: Siaran Akhbar Gigabyte