Beberapa hari yang lalu, AMD hadir dengan penawaran kad grafik baharu, iaitu Radeon RX 6600 XT dimana ia khusus untuk gamer yang mahukan prestasi cemerlang pada reslousi 1080p.

Disebabkan kad grafik tersebut hanya dikeluarkan oleh pihak ketiga sahaja, Gigabyte hari ini turut mengumumkan barisan siri Radeon RX 6600 XT ini.

Terdapat tiga model yang diperkenalkan, RX 6600 XT Gaming OC PRO 8G, RX 6600 XT GAMING OC 8G dan RX 6600 XT EAGLE 8G.

Siri GAMING OC menampilkan sistem penyejukan WINDFORCE dan ada pencahayaan RGB. Ia sesuai untuk gamer yang mahukan prestasi yang cemerlang.

Sementara siri EAGLE mempunyai rekaan unik, turut ada sistem penyejukan WINDFORCE dan cekap serta tahan lasak.

Buat masa sekarang, belum ada harga rasmi untuk barisan kad grafik ini di Malaysia tetapi akan mula tersedia bermula 11 Ogos 2021. Imbas kembali harga semasa AMD melancarkannya, ia diletakkan pada USD379 (~RM1602).

Sumber: Siaran Akhbar Gigabyte

Baca juga artikel berkaitan: