Semalam Nvidia telah mengumumkan secara rasmi kad grafik terbaharu RTX 3060 Ti. Hari ini Gigabyte Malaysia pula telah muncul mengumumkan penawaran kad grafik ini untuk pasaran tempatan.

Terdapat 4 model yang diumumkan iaitu:

  • AORUS GeForce RTX 3060 Ti MASTER 8G (RM2,569)
  • GeForce RTX 3060 Ti GAMING OC 8G (RM2,289)
  • GeForce RTX 3060 Ti EAGLE OC 8G (RM2,179)
  • GeForce RTX 3060 Ti EAGLE 8G (RM1,969)

Siri AORUS merupakan kad grafik memfokuskan kepada golongan yang mahukan prestasi terbaik dan penampilan RGB meriah, siri GAMING OC dan EAGLE pula penawaran yang lebih mampu milik.

AORUS GeForce RTX™ 3060 Ti MASTER 8G

Melihatkan kepada harganya, ia tidak lari jauh dengan harga rasmi yang Nvidia nyatakan pada laman rasmi mereke iaitu bermula pada RM1,800.

GeForce RTX™ 3060 Ti EAGLE 8G

Gigabyte Malaysia tidak menyatakan tarikh jualan secara rasmi selain hanya mengumumkan harga jualan. Mungkin ia akan diberitahu pada masa yang selanjutnya.