Tahun lalu, Gigabyte telah pun mengumumkan kad grafik RX 6800 dan RX 6800 XT buat pasaran Malaysia. Terbaru, mereka kini melancarkan kad grafik tertinggi oleh AMD iaitu RX 6900 XT.

Terdapat dua model yang ditawarkan Gigabyte iaitu AORUS RX 6900 XT Master dan juga Radeon RX 6900 XT Gaming OC.

AORUS Master

Seperti biasa daripada Gigabyte, model AORUS Master dituju buat golongan peminat perkakas gaming dimana ia hadir dengan penyejukan yang baik, paparan LCD serta RGB Fusion 2.0.

Gaming OC

Manakala untuk model Radeon RX 6900 XT, ia hanya kekurangan ciri-ciri menarik dan kecantikan yang ada pada model Master. Akan tetapi, tidak memberikan perbezaan prestasi yang ketara.

Buat masa sekarang, hanya model Radeon RX 6900 XT Gaming OC sahaja yang hadir di Malaysia dengan harga jualan RM5699.