Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

GIGABYTE B660 Dan H610 Bawa Fungsi Baharu, Sokong RAM DDR5

Posted on Januari 5, 2022Januari 6, 2022

GIGABYTE hari ini telah mengumumkan model terbaharu untuk papan induk mereka iaitu B660 dan H610. Papan induk ini akan membawakan banyak fungsi menarik seperti rekaan VRM baharu, menyokong Intel Core Gen 12 dan fungsi XMP DDR5.

Untuk model B660 ini, ia akan mempunyai sokongan DDR4 dan DDR5. Selain itu, papan induk ini juga mampu meyokong kelajuan RAM sehingga 5600MHz. Tetapi dengan menggunakan tetapan yang tinggi, ia akan menggunakan tenaga yang banyak.

Namun, pengguna tidak perlu risau kerana papan induk ini mempunyai fasa kuasa 16+1+1 yang mampu memberikan kuasa yang stabil. Jadi, pengguna tiada masalah untuk mengehadkan kelajuan pada tetapan yang tinggi dengan menggunakan XMP overclocking.

Fungsi Nyahkunci Voltan DDR5, pengguna boleh menghadkan kelajuan RAM dengan lebih stabil. Selain itu, dengan DDR5 Auto Booster yang boleh diakses daripada BIOS membuatkan kelajuan RAM lebih pantas sebaik sahaja Windows selesai dibuka.

GIGABYTE B660 ini juga mempunyai 2 slot set PCIe 4.0 M.2 yang mampu memberi prestasi sehingga 7GB/saat. Pengguna juga mempunyai keupayaan untuk meningkatkan kelajuan pada RAID.

B660M-AORUS PRO AX
B660 AORUS MASTER

Sambungan IO pada papan induk ini disertakan dengan sambungan Ethernet 2.5GB dan 802.11ax WiFi 6/ 802.11ac agar pengguna mendapat sambungan yang lebih fleksibel. Selain itu, ia juga mempunyai sokongan USB-C 3.2 Gen2x2 20GB pada bahagian belakang dan USB-C Gen 2 pada bahagian depan untuk pemindahan data yang lebih pantas.

Jika anda berminat, anda boleh dapatkan papan induk GIGABYTE B660 dan H660 dengan harga dibawah:

  • GIGABYTE B660I AOURUS PRO DDR4 – RM1089
  • GIGABYTE B660M PRO AX DDR4 – RM959
  • GIGABYTE B660M D S3H AX DDR4 – RM699
  • GIGABYTE B660M GAMING AC DDR4 – RM619
  • GIGABYTE B660M GAMING DDR4 – RM559
  • GIGABYTE H610M H DDR4 – RM485
  • GIGABYTE H610M S2 DDR4 – RM455

Sumber: GIGABYTE

Baca juga:

  • Intel Kata Cip Laptop Baharu Mereka Paling Padu, Apple M1 Max Pun Kalah
  • AMD Umumkan Siri Ryzen 6000, Lebih Laju Dari Intel Core i7
  • Nvidia RTX 3070 Ti dan RTX 3080 Ti, Kad Grafik Paling ‘Garang’ Untuk Laptop Anda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress