Gigabyte dalam kenyataan baru-baru ini menawarkan gantian buat pembekal kuasa atau power supply (PSU) komputer yang bermasalah dan lebih parah apabila meletup tanpa memberikan tanda-tanda.

Masalah tersebut ditemui oleh YouTuber terkenal Gamers Nexus. Model yang terlibat adalah GP-P850GM dan GP-P750GM.

Menurut Gigabyte, perkara itu terjadi disebabkan fungsi keselamatan Over Power Protection (OPP) yang direka untuk mematikan PSU sekiranya beroperasi melebihi kuasa yang ditetapkan.

Oleh yang demikian, PSU GP-P850GM yang berkuasa 850W akan mempunyai kuasa maksimum 1050W sahaja berbanding sebelum ini 1300W. Sementara GP-P750GM pula maksimum 925W berbanding 1125W.

Kepada anda yang mempunyai model PSU yang dinyatakan dan mengalami sebarang masalah, anda disarankan untuk terus hubungi Gigabyte Malaysia di pautan ini atau ini.

Sumber: Siaran Akhbar Gigabyte

Baca juga: