Aplikasi permesejan popular, Telegram dilaporkan akan disaman oleh pihak berkuasa German.

Ia selepas pembangun aplikasi itu didapati tidak menyediakan saluran kepada pengguna untuk membuat aduan serta tiada wakil orang hubungan pembangun aplikasi itu di dalam negara tersebut.

Jika didapati bersalah, syarikat pembangun aplikasi itu berdepan denda yang berjumlah 5.5 juta Euro.

Telegram sebuah aplikasi permesejan yang dibangunkan oleh 2 saudara dari Russia bernama Nikolai dan Pavel Durov kini semakin popular di kalangan pengguna di negara tersebut.

Sehubungan itu, pihak berkuasa German menyatakan bahawa Telegram perlu   dilayan sepertimana platfom media sosial lain seperti Facebook, Twitter dan TikTok yang perlu mematuhi keperluan undang-undang pihak berkuasa German/

Sumber: New York Post