Syarikat multinational Amerika Syarikat, General Electric Company dilaporkan telah berjaya membangunkan turbin angin paling berkuasa di dunia.

Turbin angin yang dikenali sebagai GE Haliade X itu dilaporkan mampu membekalkan elektrik selama 2 hari bagi sebuah rumah hanya dengan 1 pusingan bilah kipasnya.

Turbin angin GE Haliade X mampu menjana kapasiti elektrik 13 megawat (MW), sekaligus turut menjadikannya turbin angin paling efisien di dunia ketika ini.

GE Haliade X dirancang akan dipasang di sepanjang pesisir pantai Amerika Syarikat menerusi projek ‘Vineyard Wind‘.

General Electric adalah antara syarikat gergasi Amerika yang sudah beroperasi lebih daripada 125 tahun.

Selain khusus dalam pembangunan teknologi tenaga dan tenaga baru boleh ubah, General Electric juga mempunyai kepakaran dalam bidang penerbangan dan penjagaan kesihatan.

Sumber: India Times