Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini melaporkan telah berlakunya gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 di Utara Sumatera, Indonesia pada pukul 6:30 pagi, 16 Januari 2023.
Pusat gempa bumi tersebut yang terletak 1.8° Utara dan 97.8° Timur dengan kedalaman 60 km dan 64km Utara dari Nias,Indonesia itu dilaporkan turut dirasai gegarannya di sekitar Lembah Klang.
Tetapi terdapat juga penduduk yang berada di sekitar Puchong dan Cheras mendakwa mereka turut merasakan gegaran gempa bumi kuat itu.
Sehingga kini tiada ancaman tsunami dikeluarkan kepada Malaysia.
Namun begitu MET Malaysia memaklumkan bahawa pihak mereka akan terus memantau keadaan ini.
GB kuat M6.3 di Utara Sumatera, Indonesia pada 6:30 pagi, 16 Januari 2023. Pusat gempa bumi tersebut terletak 1.8° Utara dan 97.8° Timur dengan kedalaman 60 km. 64km Utara dari Nias,Indonesia.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.#gempabumiMETMalaysia#mygempa.met.gov.my pic.twitter.com/7zRqxOokP6— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) January 15, 2023
{suggest}
Sumber: MET Malaysia