Semalam, berakhirnya pusingan Play-ins bagi kejohanan Free Fire Continental Series Asia Series (FFCS) dan sebanyak 5 pasukan telah layak menyertai bersama-sama 7 pasukan lain dalam peringkat akhir kejohanan ini.
Peringkat akhir ini akan berlangsung pada 29 November jam 3 petang yang akan menyaksikan 12 pasukan berentap untuk merebut gelaran juara pada kejohanan kali ini.
Geek FAM yang merupakan satu-satunya wakil Malaysia yang tinggal untuk menghabiskan baki kejohanan pada peringkat akhir dimana 2 pasukan Malaysia lain – Baby Argon dan AutoKnockout tidak layak untuk melangkah ke peringkat akhir.
Selain itu, Geek FAM sebenarnya melayakkan diri secara terus ke peringkat akhir ini dengan menjuarai Free Fire Tri-Nation Cup. Selain Geek FAM, terdapat 6 pasukan lain yang layak secara terus iaitu:
- Team Knights (Taiwan)
- EVOS Esports (Indonesia)
- Heavy (Vietnam)
- House of Blood (Pakistan)
- EV Thailand (Thailand)
- Total Gaming Esports (India)
Pasukan lain yang juga akan bertanding adalah King of Gamers Club, EXP Esports, Burst The Sky, RRQ Hades dan V Gaming.
Kesemua pasukan ini akan berentap di peringkat akhir dimana juara akan memenangi hadiah yang terkumpul berjumlah USD300,000 (RM1.2 juta). Anda boleh tonton siaran langsung kejohanan ini di Facebook dan Youtube.
Dalam pada itu, Free Fire turut dinobatkan sebagai “Esports Mobile Game of the Year” di Esports Awards 2020 yang diadakan secara maya semalam.