Sempena musim perayaan ini, Garmin mengumumkan kempen Give a Garmin yang membolehkan anda berpeluang untuk memenangi hadiah percuma edisi terhad.

Untuk menyertainya, anda perlu membuat pembelian bagi mana-mana jam pintar Garmin antara 7 hingga 31 Disember 2020. Anda juga boleh memilih untuk menghantar hadiah percuma ini kepada mana-mana penerima dengan nota khas.

Untuk menyertainya, anda perlu mengisi penyertaan melalui pautan ini. Masukkan nama, alamat e-mel, nombor invois, tarikh pembelian dan nombor siri produk yang dibeli.

Sementara itu, pemenang akan diumumkan sebelum 8 Januari 2021 melalui laman web Garmin. Untuk maklumat lanjut, layari laman Give a Garmin.