Garmin Malaysia hari ini tampil membuat pengumuman kehadiran jam tangan pintar baharu, Garmin Tactix Delta – Solar Edition.

Disasarkan untuk pengguna aktiviti lasak, jam tangan pintar ini direka dengan piawaian ketenteraan (MIL-STD-810) dan turut menyokong pengecasan solar yang mampu menampung hayat bateri sehingga 24 hari.

Skrin yang digunakan berukuran 1.4 inci dengan sokongan Always On Display dari jenis kaca nilam serta kerangka besi disadur dengan DLC dan PVD dibahagian keliling dan belakang.

Tactix Delta juga mempunyai kemampuan penglihatan malam dan skrin yang boleh dibaca melalui gogal penglihatan malam (night vision goggles).

Antara spesifikasi lain yang boleh didapati pada jam tangan ini adalah ketahanan air 10 ATM, memori 32GB (boleh memuat sehingga 2,000 lagu), sambungan Bluetooth, ANT+ dan WiFi.

Bagi fungsi dalaman pula ia disediakan dengan peta topografi bagi aktiviti luar, pengesanan corak tidur, serta pemantauan kesihatan.

Menariknya juga, terdapat ciri Stealth Mode yang mana ia akan menyahaktifkan perkongsian lokasi, sambungan rangkaian, dan memadam keseluruhan memori pengguna.

Sumber: Siaran akhbar Garmin Malaysia

Beli Garmin Tactix Delta - Solar Edition;

Shopee:
https://invol.co/cl5lpql
Lazada:
https://invol.co/cl5lpqa