Pertama kali diperkenalkan pada Oktober tahun lalu, Garmin Instinct® Esports Edition kini sudah pun masuk ke secara rasmi dipasaran Malaysia sejak 29 Januari lepas.

Ia merupakan jam tangan pintar yang disasarkan kepada golongan atlet dan mereka yang gemarkan permainan video. Menariknya tentang edisi ini, ia tampil dilengkapkan dengan kebolehan menstrimkan data biometrik secara masa nyata kepada penonton melalui ciri STR3AMUP!.

Batei yang dilengkapkan pada jam tangan pintar ini mampu bertahan sehingga 3 hari didalam mod esukan. Sementara itu tempoh sehingga 14 hari pula boleh didapati pada mod jam tangan pintar biasa.

Ia mempunyai ketahanan air 10ATM, memori 16MB dan direka bentuk dengan melepasi piawaian ketenteraan (MIL-STD 810) seberat 52g.

Selain itu, Garmin Instinct® Esports Edition turut menyokong lebih dari 30 mod sukan dan ia dijual pada harga RM1399 untuk pasaran tempatan.

 

 

 

Beli Garmin Instinct® Esports Edition
Lazada:
https://invol.co/cl2genw