Garmin Malaysia kini mengumumkan pelancaran Enduro untuk pasaran tempatan. Dengan menampilkan pelbagai mod pengurusan kuasa, Enduro dilengkapi lensa pengecasan solar Power Glass yang memberikan ketahanan bateri sehingga 65 hari.
Dari segi rekaan, Enduro hadir dengan skrin bersaiz 1.4-inci bersama bezel dari jenis keluli tahan karat serta tali nilon. Untuk pengecasan penuh, ia mampu memberikan ketahanan sehingga 70 jam dalam mod GPS dan 80 jam dengan keupayaan solar.
Melengkapkan lagi penawaran termasuk VO2 Max, ClimbPro, Rest Timer, Mountain Biking, Recovery serta panduan untuk mencadangkan senaman yang bersesuaian berdasarkan latihan sedia ada pengguna.
Antara lainnya adalah ciri kesihatan seperti pengesanan kadar degupan jantung, sensor Pulse Ox 3 untuk pemantauan tidur dan sebagainya.
Untuk pasaran Malaysia, Enduro ditawarkan pada harga RM3,699 dan sudah mula dijual hari ini melalui Lazada, Shopee serta pengedar sah seluruh negara.