Apple baru-baru ini mengumumkan kemas kini baharu buat aplikasi popular mereka khusus untuk mencipta muzik, iaitu GarageBand.

Melaluinya, pengguna kini dapat mengakses lagu daripada Dua Lipa dan Lady Gaga. Bukan itu sahaja, pengguna juga dapat belajar cara bagaimana untuk ‘remix’ lagu “Break My Heart” dari Dua Lipa dan “Free Woman” dari Lady Gaga dalam aplikasi tersebut.

Apple dalam kenyataan menyatakan kemas kini tersebut bakal memberikan pengguna untuk jauh lebih kreatif kerana cara ‘remix’ lagu tersebut diajar dengan lebih terperinci.

Selain itu, bagi peminat muzik, terdapat 7 “Producer Packs” yang terkandung beberapa rentak lagu, instrumen serta banyak lagi boleh digunakan dan ia adalah bebas royalti.

Bagaimanapun, ciri terbaharu tersebut terhad untuk pengguna iOS dan juga iPadOS.

Sumber: Apple

Baca juga artikel berkaitan: