Celcom hari ini memaklumkan bahawa telah berlakunya gangguan perkhidmatan suara dan data internet di 5 lokasi yang melibatkan pengguna di negeri Kedah Dan Perak.
Gangguan itu berpunca daripada kegagalan peralatan rangkaian Celcom.
5 Lokasi yang terjejas dengan isu tersebut adalah pengguna rangkaian Celcom di Seberang Perai, Kuala Muda, Kulim, Baling, Hulu Perak dan Kerian.
Masalah rangkaian itu dilaporkan berlaku lebih kurang hampir 3 jam iaitu antara jam 11.48 pagi hingga 2.20 petang hari ini.
Celcom memaklumkan isu tersebut telah segera ditangani oleh pasukan teknikal mereka.
Selain itu, Celcom turut memaklumkan bahawa pada 17 Julai 2021 (esok) bermula jam 12.15 pagi nanti, mereka akan menjalankan penyelenggaraan rangkaian di 4 buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.
Kawasan yang terlibat dengan penyelenggaraan itu adalah seperti berikut:-
17 July 2021
12:15am – 3:30am
Kelantan – Kota Bharu, Pengkalan Chepa
Terengganu- Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Padang Midin
Pahang – Jaya Gading, Gambang, Tanjung Lumpur, Pantai Sepat
12:15am – 4:00am
Selangor – Puchong, Taipan, Shah Alam, Klang, Kapar, Meru, Bandar Bukit Tinggi, Banting, Bandar Puteri, Kg Melayu Subang, Sabak Bernam, Sekinchan, Hulu Selangor
Sumber: Celcom
Baca juga: Gangguan Liputan Celcom Di 6 Negeri Kini Berlanjutan Sehingga Ke Bulan Ogos Pula
Baca juga: Posisi Satelit MEASAT-3 Berubah Punca Gangguan Siaran Astro
MEASAT-3 Perlukan Lebih Masa Untuk Distabilkan Semula Isyaratnya