Sebelum ini telah dilaporkan tentang gangguan rangkaian Celcom sehingga 4 Julai 2021 di beberapa lokasi di 6 negeri.

Gangguan tersebut disebabkan oleh masalah yang berlaku pada satelit MEASAT yang telah dilaporkan sebelum ini.

Celcom sebelum ini memaklumkan bahawa masalah rangkaian mereka akan kembali pulih pada 5 Julai 2021.

Tetapi semakan terbaru di laman rasmi Celcom hari ini menyatakan sebaliknya.

Due to a Measat satellite service outage, some customers in rural parts of Perak, Pahang, Terengganu, Johor, Sarawak and Sabah may find their voice, SMS and data services experience affected. Our technical team is working alongside our partner to restore the services in phases and it is expected to be back to normal by 5 August 2021.” Celcom

Ini bermakna, isu liputan rangkaian mereka yang berlaku di 6 negeri itu tidak dapat dipulihkan hari ini (5 Julai 2021).

Berikutan itu, pihak Celcom kini telah mengemas kini senarai kawasan yang terjejas dengan liputan mereka dalam 6 negeri tersebut sehingga 5 0gos 2021.

Kawasan yang terjejas dengan liputan Celcom mengikut negeri sehingga 5 Ogos 2021.

Selain itu, Celcom turut memaklumkan mereka akan menjalankan penyelenggaraan perkhidmatan dari 6 Julai hingga 8 Julai nanti yang bermula dari jam 12.00a.m hingga 6.00a.m

Kawasan yang terlibat dengan penyelenggaraan itu adalah seperti berikut:-

6 Julai 2021
12:15am – 4:00am

Pahang – Tanjung Lumpur, Pantai Sepat, Kuantan Metro, Beserah, Sungai Karang, Indera Mahkota, Jaya Gading, Gambang

Kelantan – Kota Bahru, Kubang Kerian, Pasir Mas, Pengkalan Chepa, Ketereh, Tumpat, Bachok

Terengganu – Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Padang Midin, Kuala Terengganu Metro, Chendering, Batu Buruk, Marang, Dungun, Paka, Kerteh, Kijal, Chukai, Besut

6 Julai 2021
12:20am – 4:00am

Sarawak – Sarikei, Meradong, Bintangor, Kuching

Sabah – Tuaran, Papar, WP Labuan

7 Julai 2021
12:10am – 4:00am:

Selangor – Klang, Port Klang, Banting, Bandar Bukit Tinggi, Sungai Pelek, Shah Alam, Sabak Bernam, Sekinchan, Kuala Selangor, Jeram, Sungai Besar, Kapar, Meru, Tanjung Karang, Hulu Selangor, Sungai Buloh, Rawang, Bestari Jaya, Ijok

7 July 2021
1:13am – 2:30am: Sarawak – Sibu

8 July 2021
12:00am – 4:00am:

Terengganu – Hulu Terengganu, Jerangau, Bukit Bading, Al-Muktafi Billah Shah, Ketengah, Cheneh, Jabor

8 Julai 2021
1:00am – 1:25am: Pulau Pinang – Permatang Pauh

8 Julai 2021
1:00am – 4:00am: Sarawak – Sibu, Matu, Kanowit

Sumber: Celcom

Baca juga: Posisi Satelit MEASAT-3 Berubah Punca Gangguan Siaran Astro

MEASAT-3 Perlukan Lebih Masa Untuk Distabilkan Semula Isyaratnya

Gangguan Perkhidmatan Celcom Di Beberapa Lokasi Di 6 Negeri Berlanjutan Sehingga 4 Julai